Maut

       Maut

Sapaan angin kencang meresap ke dalam hati aku.Aku cuba menggapai angin tapi tak dapat.Aku bau banyak darah sekeliling aku.Apa dah jadi pada aku?Terbayang lagi di dalam ingatan kejadian yang baru berlaku.Adakah aku masih hidup?Betalu-talu soalan yang menyapa di dalam benak fikiran.

   Aku cuba membuka kelopak mata.Bau hanyir semakin kuat.Aku tekup hidung menggunakan tangan.Berpinar pandangan seketika.Aku cuba bangun dan melihat ke sekeliling.Raisya, Adif,Haikal dah meninggal? Biar betul?Aku lihat mayat mereka bergelimpangan di atas tanah.Macam mana kami boleh berada di sini??

Jatuh gaung.Sepatah perkataan membuatkan hati aku melayang.Aku pandang ke bawah dan memegang hujung baju.Darah! Banyak darah di seluruh baju aku.


      Percutian  semester itu kami rancang dengan teliti sekali.Dah siap packing tapi hati aku rasa macam tak berapa baik.Rasa takut pun ada rasa pilu pun ada.Nasib kami semua dah call mak ayah masing masing semalam.Tak adalah rasa sayu sangat nak pergi mana-mana.Lebih-lebih lagi pergi bercamping di dalam hutan.Banyak aktiviti yang best diorang cakap,aku cuma ikut je.Haha.....



''Kau dah kirim salam rindu dekat Yana,Irfan? Aku rindu gila kat dia ni?''seakan sayu suara Danial yang memecah kesunyian di dalam kereta itu.Hanya bunyi unggas yang kedengaran.

Irfan mencebik.Cuma aweksnya saja yang diingat. '' Haah.Dah kirim salam.Tapi dia taknak terima.Nanti tak pasal kau kena pancung pulak!''gurau Irfan sambil terkekeh-kekeh ketawa.Merah padam muka Danial.

  Aku hanya diam dan tersenyum saja dengan keletah kawan kawan yang tak cukup 'sifat' ni.Ralit aku melayan radio sambil melabuhkan kepala di atas Raisya.Raisya hanya menggeleng sambil melayan handfonenya itu! 

''Raisya... kalau aku mati dulu .. kau ampun aku ek?''Bicara Nur Kysha sambil mengerdipkan beberapa kali kelopak matanya.Saja dia ingin menyakat Raisya yang ralit sungguh berdating dengan telefon.

Raisya yang khusyuk memandang telefon terus memandang ke arah Nur Kysha sambil menjegilkan matanya.''Arghh..gilalah kau ni ..kita baru nak seronok seronok bercamping...janganlah sebut pasal mati pulak!''sayu suara Raisya.Risau juga dia dengan kerenah Nur Kysha yang semakin pelik itu.Cakapnya pun makin melarut-larut....

Tepukan kuat di bahu Danial menyebabkan kereta yang dipandunya itu berhenti secara mengejut.Danial merengus geram ke arah Irfan yang sedang tersengih-sengih ke arahnya...

''Kau kenapa? Nak mati ke?''Marah Danial sambil menjeling tajam ke arah Irfan.
''Alaa.Aku saja kacau kau, Ky dengan Sha dah tido,''rungut Irfan seperti kebudak-budakkan.

 ''Korang ni diam sikit boleh tak, kita kan kat tengah hutan ni,''Marah Haikal sambil memeluk tubuhnya,cuba untuk melelapkan mata.

''Irfan pun kalau bosan,ganggula aku ni... kan dah kena marah..'' Adif menyampuk cuba untuk meredakan suasana yang semakin tegang.Malam pun makin larut, semakin berdebar pula hatinya.

Irfan mencebikkan bibirnya sambil membuat mata ke atas. ''Eh,tak kuasa aku,'' rungut Irfan sambil menepuk bahu Haikal.

''Lantak kau la Fan,'' Haikal bersuara perlahan,malas melayan.


Bunyi sesuatu yang kuat mengejutkan Nur Kysha daripada tidurnya.Dia menoleh ke sisi.Dia cuba meliarkan pandangan mencari mereka.Dia pelik apabila tiada seorang pun di dalam  kereta,kecuali dia,,apa yang dah terjadi...

''Tolong!!'' Kedengaran bunyi suara yang kuat datang daripada luar kereta.Nur Kysha pantas memegang dadanya.Dia bergerak perlahan untuk keluar dari kereta.Kelihatan asap kereta memenuhi kawasan itu.

Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.Fikirannya semakin buntu.Dia cuba mengambil telefon dari poket..

Dia tersentak apabila ada seseorang yang menekup mulutnya dari arah belakang dan telefon itu terjatuh dari genggamannya.